Monday, September 25, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Weblogmaster mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Ribuan Ampun dan maaf kepada semua, kerana weblogmaster tidak berkesempatan untuk mengemaskini perkembangan surau.
Weblogmaster bagi pihak surau Ad Diniyyah juga memohon ampun dan maaf kepada semua ahli kariah kerana tidak dapat menunaikan solat tarawikh dalam keadaan selesa kerana suarau Ad Diniyyah masih dalam pembinaan.
Dana yang dikumpul masih belum mencukupi. Jumlah kutipan terkini baru mencecah RM101.456.89.
Kerja - kerja mencari dana akan diteruskan. Moga di bulan Ramadhan ini kita boleh mendapat dana yang secukupnya.
Salam Ramadhan Al Mubarak

Wednesday, August 30, 2006

Sumbangan dari Babajan Bin Mohd Khan Sitiawan Perak


Weblogmaster menerima satu cek dari Sitiawan Perak, cek dikeluarkan oleh En. Babajan Bin Mohd Khan berjumlah RM1000.00. Terima kasih atas sumbangan. Moga Allah balas dengan kebaikan.

Sumbangan dari MHS Aviation Berhad, Kemaman


Terimakasih atas sumbangan yang telah dihulurkan oleh Syarikat MHS Aviation Berhad, Terminal Building, Kerteh Airport, Kemaman. Terima kasih Orang Ganu Kite!!

Sumbangan dari Masjid Jamiatusolahiah Sg Tua


Jutaan terima kasih kepada Pengurusan Masjid Sg Tua Batu Caves kerana telah menghulurkan sumbangan untuk dana pembesaran surau kami.

Tuesday, August 29, 2006

Kutipan sehingga 29 Ogos RM84,455.53

Hari ini 29 Ogos 2006 bersamaan 5 Syaaban 1427 ada lebih kurang beberapa minggu lagi untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Kerja - kerja pembinaan surau terus berjalan lancar. Harap - harap kerja pembinaan dapat terus berjalan lancar dan surau akan siap sebelum datangnya bulan yang ditunggu - tunggu.
Terima kasih kepada AJK dana yang terus berusaha mengumpul dana pembinaan surau. Malam tadi beberapa AJK telah menyerahkan wang kutipan kepada weblogmaster. Jumlah terkini RM84,455.53. Kepada sesiapa yang mempunyai cadangan dan pandangan untuk menambah dana wakaf pembinaan surau ini hubungi weblogmaster di e - mail weblogmaster_bbs@yahoo.com.

Thursday, August 24, 2006

Gambar - gambar sekitar majlis Makan Malam


Sebahagian dari tetamu yang mewakafkan harta benda mereka untuk surau
Remaja Pewaris yang bertungkus lumus pada hari tersebut menyediakan perkhidmatan terbaik.
Ajk sedang membuat persiapan
Ini adalah gambar - gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar amatur ketika majlis makan malam yang diadakan di dewan Sri Siantan minggu lalu. Sekadar Kenangan. Majlis ini berjaya mengumpul dana untuk pembesaran surau lebih dari RM20k

Wednesday, August 23, 2006

Pembesaran ruang solat utama


Gambar menunjukkan kerja - kerja pembesaran sedang dilakukan di bahagian belakang surau.

Tuesday, August 22, 2006

Sumbangan dari Sek. Ren. Pelabuhan Utara Kelang

Terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Rendah Pelabuhan Utara Kelang Tuan Haji Adnan Bin Ali kerana telah mengambil inisiatif untuk membuat kutipan derma di sekolah beliau bagi membantu pengumpulan derma untuk membina surau Ad Diniyyah Taman Bandar BAru Selayang fasa 2A, Batu Caves. Jazakallah Khairan Kathira.

Thursday, August 17, 2006

RM20,921.70 - Kutipan Makan Malam

Jumlah kutipan bersih yang berjaya dikumpul pada Majlis makan malam yang diadakan di Dewan sri Siantan selayang pada malam 13 Ogos yang lalu ialah sebanyak RM20,921.70. Weblogmaster sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua para petugas yang telah berjaya mengendalikan majlis pada malam tersebut.
Satu Majlis bagi meraikan para petugas akan diadakan dalam waktu yang terdekat ini.
Syabas dan tahniah!!!